Sunday 16 March 2014

Mengapa Mengeluh?

Assalammualaikum~

'Jom motivate malam-malam buta ni'


kadang-kadang kita rasa letih dan penat mengharungi cabaran mahupun dugaan dalam kehidupan bukan? lebih-lebih kalau kita dok Universiti, kolej and so on..dengan keje berlambak, test, bla-bla..but, hasil tulang 3 kerat tu lah yang membantu kita dapat keje on future..macam orang white kata..kehkeh..no pain no gain..so marilah kita selalu main cucuk-cucuk dengan member  :) Korang yang kat sana jangan la putus asa, setiap dugaan pasti ada hikmah nya..moh kita renung-renungkan dari. Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Share dari https://www.facebook.com/laksamanasunanterakhir/posts/596885047047508
credit to them~
memang terbaik la~


MENGAPA MENGELUH?

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)



Thanks for reading :) 



Friday 20 December 2013

Lovely Frozen

 Assalammualaikum and hello~


Ni hao ma? Dh lama tak update blog kan :)

Korang suka tengok movie tak? Suka? Baguslah le..depa nak cite sikit pasal movie. Cite sekarang yang meletup kat wayang cite pe ye? tak pe..google sudah~
Jom teka cite menarik from my opiniom kat wayang <3
a) Paku 

b) Ular

c) Hobbits 2

d) Frozen

Ade je cite yang lain ..cuma tak tengok lagi..so abaikan..
Jeng-jeng~ Jawapannya ofcoz la Frozen~
(dah tajuk pun letak Frozen kan~)



 Ni gambar Elsa..gadis ais, yang anehnya boleh lak dia cipta baju sendiri guna ais dia..?
tak kisah la..pon boleh~


Kalau korang nak download guna torrent leh click kat line ni http://kickmirror.com/disney-s-frozen-with-after-ending-t8328222.html

Depa bagi 5 Star!!
First sebab depa memang suka tengok cite kartun..
Second cite dia best
Third sebab gambar dia lawo~

Synopsis cite ni:

     Anna dan Elsa adalah adik-beradik dan merupakan anak raja (kerajaan mana ntah). Elsa mempunyai kuasa sakti iaitu mampu membekukan sesuatu benda hanya dengan menggunakan tangannya. Satu hari, dia bermain dengan adiknya menggunakan kuasanya dan berlaku kemalangan dimana dia TERlempar kuasanya dekat adiknya dan hampir menyebebkan adiknya mati? (tak berapa pasti). Setelah berjaya menyelamatkan adiknya (mak bapak dia jumpa goblin) dia terpaksa mengurungkan dirinya kerana takut kuasanya tidak lagi mampu dikawal (kesian gile :'\) dan tak keluar langsung sampai la dia dah jadi Queen. Pendekkan cerite, masa dia bergaduh dengan adik dia (sebab adik dia nak kahwin)..dia terlempar kuasa sakti di hadapan orang kat hall. Elsa melarikan diri dan membina istana di bukit..Everest? Anna pulak mencari kakaknya dan terjumpa satu mamat yang ala-ala humor..pastu..three..KORANG KENA TENGOK SENDIRI KALAU NAK TAU CERITE NYE :-)
hehehe



 Ni Olaf ~ comel kan <3

Ada je gambar-gambar lain..malas nak letak..hehe
Hope you guys terhibur dengan update ni :) 





Thanks For Reading



Friday 6 December 2013

Kebaikan Melukis

Assalammualaikum and hello!!

Rasa dah lama tak update blog ni bukan..tak ada la busy pon but..depa cuma lupa pasword blog!!!hehe
nasib baik berjaya lepas test 7 kali? ye kot..maybe lebih..
like people say..never give up never surrender!! (dari cite wipeout)
nak sesuatu perkara kenalah kita berusaha bersungguh-sungguh bukan?
kalau kita tak mampu tetapi dah berusaha barulah kita berserah kepada Tuhan~.
yepp uolls <3


 you need to believe!! oky ~


oky-oky..back to point..hoho
korang semua suka tak melukis? tengok manga and anime? kartun dari orang mat saleh?
ade? yeah!! bagus~
kalau tak minat..hang dok dendiam..bak kata dalam picture ni..


uha, that's right sis~

melukis ni seronok lebih-lebih lagi kalau print gmbr kartun yang kita suka..pastu lukis bulat-bulat kat kertas lain cam kertas lukisan and a4~
( -_-") seronok la bagi saye..hehe

Benefit dia adalah:

  1.  mengisi masa lapang kita (tak de la asyik dok termenung je) :)
  2.  bagus untuk meluahkan perasaan tak kira la manis ke buruk and no feeling (lebih-lebih yang suka     pendam perasaan sensorang) 
  3.  timbul rasa gembira (bagi yang feeling gile masa buat) dan gelak macam gila (sebab lukisan tak macam lukisan..)
  4.  orang kata boleh meningkatkan kreativiti seseorang..(kecuali saya -_-")
  5.  lukisan leh jual kat sesape..(untung le kalau dapat jual~) 
  6.  meningkatkan keyakinan diri seseorang apabila dipuji..but tolong jangan riak oky~ (important! jangan kembang hidung,,buruk benor)
  7.  tulisan kita bertambah oky!  
  8.  rasa dihargai~ (maybe kot..)

pokok pangkal nya..yang penting si pelukis nya gembira dan mennghargai setiap lukisan yang dilukiskan..<3
sebuah lukisan juga bagaikan menunjukkan emosi mahupun perasaan kita ketika itu..sebuah penyelidikan (tak ingat baca kat mana) ada menyatakan melukis mampu memberikan kita ketenangan, meningkatkat kreativiti, mengasah minda seseorang dll.. :)

antara contoh lukisan saya yang tak seberapa :)



gambar real agk blur skit..so saye edit skit guna paint.net..
pon boley kan~

ada banyak gambar lagi..kalau nak tengok..tunggu le update seterusnya kay~ :)




Thanks For Reading~ 



Monday 4 November 2013

Menetapkan Azam Mengikut Tahun Islam

Assalammualaikum dan hello,




Kepada semua umat Islam, saya ingin ucapkan selamat Menyambut Maal Hijrah yang ke 1435/ 2014!!
Tutup buku lama and bukak buku baru~ :)

Apakah azam anda pada tahun baru ini ?
mesti macam-macam ada kan~
azam yang lepas berjaya tak?
kalau berjaya tu alhamdulilah..
klau sebaliknya takpe..cuba lagi~ >_<




oky, nak bagi sikit tips Menetapkan Azam Mengikut Ajaran Islam~
 Dari sumber: 


1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.

2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.

Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.

3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.
Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas)alam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.

4. Set Untuk Kebaikan Bersama.
Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.

5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.
Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.
Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.

Well, I love all this tips!!
Semoga tips ini dihayati dan dilaksanakan kepada oleh saya dan anda semua :)



Thanks For Reading~
 






Saturday 2 November 2013

Cara Menjaga Pokok Ros

Assalammualaikum and good morning~
staypositive;)


  

Hari ini nak kongsi sikit bagaimana cara saya menjaga pokok ros. Sekurang-kurangnya ada jugak la kaitan dengan nama blog ni kan..haha..
Pokok Ros saya tidaklah seperti pokok Ros yang lawo-lawo cam kt oversea..
Bunganya pun taklah besar..  
Alright kakak-kakak & abang-abang~ harap-harap tips ini membantu~


Tips 

  1. Gembur tanah dua kali seminggu. Jangan terkena akar ye..nanti pokok ni sakit..cian dia..
  2. Baca selawat bagi orang muslim..masa nak siram.(penting!)
  3. Siram menggunakan air beras pada waktu pagi dan petang. Jangan siram tengah hari pulak..orang  kata nanti daun dia terbakar..rupanya muka kita yang terbakar..tak gitu..pastu masa siram elakkan terkena daunnya. Sebab nanti daunnya buruk..agaknya la..
  4. Tabur baja kira-kira satu sudu. Dua minggu sekali. (tak ingat la baja apa..tau je ada gambar ros dekat kertas nya.)
  5. Cantas bunga yang dah nak layu @ mati untuk menggalakkan pertumbuhan baru. :) 
Sebenarnya banyak lagi tips..senang type je kat google..kompem berlambak! ni pun tengok kat laman web mana entah..camna pun thanks blog (tak tau nama) yang beri tips ni..cuma saya ubah sikit je..hehe
sebelum tu, saya ingin minta maaf kalau saya tersalah bahasa or tulis mahupun menyakitkan hati sesiapa..peace no war ;)
 
thanks for reading :)
 




Thursday 31 October 2013

Resepi Kailan Goreng Belacan

Assalammualaikum and good morning, post kali ini nak tunjuk sikit cara nak masak kailan yang simple untuk cik kak dan cik abang oii~ kelip mata je leh siap~


sorry gambar tidak jelas sangat..tangkap dengan tergesa-gesa..hehe

Bahan-bahan segar dari ladang :

4 ikat sayur kailan
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi
1 inci belacan
2 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 batang cili merah (kalau nak)
5 biji bebola ikan (kalau nak)    
1/2 senduk minyak masak
1 sudu teh garam (ikut citarasa)

Cara-caranya:

1. Basuh sayur dan potong kailan.
2. Kupas bawang putih dan cincang atau ditumbuk dengan batu lesung.
3. Tumbuk cili dan belacan bersama-sama.
4. Hiris cili dan bebola ikan,
5. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga naik bau.
6. Masukkan belacan dan cili padi yang diitumbuk
7. Masukkan sos tiram dan gula/garam.
8. Masukkan bebola ikan dan cili merah.
9. Masukkan sayur dan kacau sehingga layu.
10. Tutup periuk dan tunggu 20 minit (kalau suka sayur lembut)
11. Sedia dihidangkan ;)           


THANK YOU FOR READING :)




Open The Flower Shop






Assalammualaikum and hello pada kakak and abg yang tengok blog yg tak seberapa ni.

ni first time guna blog..entah kenapa tiba-tiba nak buat blog pulak..terpengaruh dengan kawan sebenarnya..haha..
oky, macam saya tengah syok sendiri je..haha..back to point..
tujuan saya buat blog ni untuk latihan jurusan saya (sebenarnya tak ada pun)..tapi alang-alang tu leh jugak nak kongsi bahan yang menarik buat kakak & abang yang tersesat kat sini..hehe
kan orang kata sharing is caring right..

semoga blog ni bagi manfaat kat sesiapa..
mahupun utk si comel..
                    si hensome..
                    si cantik..
                    si meroyan..eh?
sorry kalau saya banyak merapu tak tentu pasal atau syok sendiri~
atau sakitkan hati sesiapa~

peace no war~
eh, lupa nak bagitau..blog ni bukan kedai bunga..entah la tiba-tiba type flowers in the shop lak..maybe sebab bunyi dia macam best kot..hehehe


thank you for reading~